Powered By Blogger

Sunday 4 March 2012

RINDU TAK TERUCAP

Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yang layu menjadi ceria....

WA AINI- terima kasih cinta, untuk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku kesempatan untukku semai cebisan kasihku.
Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yang sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati, Hati yang luka berdarah...ku tanggung sendiri.

HAIQAL- Sayang... tak terucap rinduku padamu. kau ibarat bayang-bayang indah yang sentiasa menemaniku. Tanpamu ku kehilangan arah. Sepi yang tiada pengjhujungnya...menambah lara di hatiku.
Sayang hadirmu telah membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta untukku. namun, ku temui jua cinta yang satu, cinta yang abadi.

WA AIMIN- Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang untukku bersama dengannya. Nikmat cinta yang Kau anugerahkan tidak ternilai harganya.
Ain.... abang amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan ku bahagiakan dirimu untuk selama-lamanya.

1 comment:

  1. cerita ini best...best...best sangat-sangat... kakak v(^@^)v....saya suka sangat-sangat ...v(^_^)v

    ReplyDelete